Prosedur Operasi Standard (SOP) Pusat Setempat (OSC) PBT Bagi Menjalankan Operasi Sektor Pembinaan Di Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dan Pasca PKP

TUJUAN

Prosedur Operasi Standard (SOP) ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan/ Agensi Teknikal dan pemilik tanah / pemaju (Project Proponent) serta Perunding Profesional (SP dan PSP) yang dilantik oleh pemaju berhubung urusan permohonan untuk mendapatkan kelulusan pelan-pelan pemajuan dan permit pembinaan bagi menjalankan operasi pembinaan di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam tempoh PKP dan Pasca PKP. SOP ini juga adalah selaras dengan amalan Manual OSC 3.0 Plus


LATAR BELAKANG

Kerajaan telah mengisytiharkan tempoh PKP berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Pada 10 April 2020, YB Menteri Kanan MITI telah mengisytiharkan kebenaran beroperasi diberi kepada sektor tambahan bagi melindungi ekonomi negara pasca COVID-19. Sektor tambahan ini termasuk projek-projek pembinaan dan perkhidmatan berkaitan pembinaan. Justeru, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membangunkan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pusat Setempat (OSC) PBT Bagi Menjalankan Operasi Sektor Pembinaan Di Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dan Pasca PKP sebagai panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan / Agensi Teknikal, Pemaju / Pemilik Tanah dan Perunding Profesional bagi menyokong peranan mereka dalam supply chain sektor pembinaan. SOP ini juga bagi memastikan pendekatan PKP berkaitan kawalan pergerakan, penjarakan sosial dan perkumpulan secara beramai-ramai dipatuhi.


Untuk maklumat lanjut, sila muat turun lampiran di bawah.


Additional Information
Posted on
 
 
Prosedur Operasi Standard (SOP) Pusat Setempat (OSC) PBT Bagi Menjalankan Operasi Sektor Pembinaan Di Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dan Pasca PKP
Surat Edaran

04-May-2020
Download
Post Comment
Prosedur Operasi Standard (SOP) Pusat Setempat (OSC) PBT Bagi Menjalankan Operasi Sektor Pembinaan Di Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dan Pasca PKP
Info

04-May-2020
Download
Post Comment
 

Advertisement

Close Window