Jemputan Pendaftaran GST untuk Syarikat-syarikat Jurutera di WPKL

Ybhg. Dato'/Tuan/Puan/Encik/Cik,

Sukacita dimaklumkan bahawa Hari Pendaftaran GST Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur khusus untuk sektor jurutera akan diadakan seperti berikut:

Tarikh/Hari  :  27  Ogos 2014 (Rabu)
Masa  :  2.30 petang
Tempat           :  Auditorium Kastam, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kelana Jaya

Sesi ini adalah untuk Syarikat yang perniagaan mereka didaftarkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur SAHAJA.

Sila bawa bersama laptop dan broadband untuk pendaftaran online secara serentak di AUDITORIUM dengan bantuan / panduan daripada pegawai-pegawai Kastam WPKL. 

Maklumat yang perlu dibawa bersama adalah seperti di attachment.
 
Keutamaan sesi SEMINAR GST akan diberi kepada syarikat yang berjaya berdaftar sebelum 31 September 2014. Syarikat-syarikat ini yang bertaraf “SME” juga akan layak mendapat “e-voucher” bernilai Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000.00) untuk tujuan pembelian “GST accounting software”. 

Kehadiran Ybhg.Dato'/Tuan/Puan/Encik/Cik amat di alu-alukan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Untuk sebarang maklumat lanjut/pengesahan kehadiran, sila hubungi pegawai seperti dinyatakan.
Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
SITI MELODY BINTI MATJAILI
Penguasa Kastam
Bahagian GST
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Emel: melody.jaili@customs.gov.my
Tel : 03 - 7884 4753
Fax: 03 - 7884 1402


Additional Information
Posted on
 
 
GST registration check list
REGISTER FOR GST: What You Need?

21-Aug-2014
Download
Post Comment
 

Advertisement

Close Window